Sunday, December 27, 2009

.::bunga.bunga.cinta::.

dua minggu lepas kapal Bie anchor di Terengganu
bie sempat titipkan ini buat saya
terima kasih bie
even bie jauh selalu buat saya happy,yeah !


bie*sayang, agak-agak bila saya nak suka bunga ya ?

.::kelam.kabut::.

dalam sibuk-sibuk meeting pagi tadi
tiba-tiba handphone ni berbunyi
1 mms received

tengok-tengok bila bukak, keluar gambar ni
dikirim oleh salah seorang teman sekerja saya
sungguh kurang asam pengirimnya

( *wei Lina, 1 hari xkelam kabut xboleh ke?* )

sempat lagi dia letak wording macam kat atas tu

am I ?

:-(

.::cik.pengapit::.


Al-kisahnya aku jadi gadis pengapit terjun pagi tadi
Pengapit sedia ada ( myxura ) kena kira stok !!!
Ape kes beb ? Aduhai...
Nasib baik Hanis ada pengapit simpanan

Tapi seronok juga jadi pengapit
Bayangkanlah start celik mata 9am sampai la 7pm baru sampai rumah
Memang betul-betul pengapit yang dedikasi kan ?
10 jam duk mengapit bini orang !!

Aku bawak agak laju merentasi MRR II
Sungai Buloh - Lembah Keramat
Tapi apa ada hal ?
Sang pengantin pun rela aku bawak laju nak cepat punya pasal
Boleh pulak macam tu, kan ?

Kali terakhir aku jadi pengapit was in 2007
Masa tu resepsi persandingan kakak aku
( time tu aku kurus & muda belia lagi.hihi )

So bawah ni antara momentum aku jadi gadis bunga. Eh bukan gadis pengapit.
Fullamak ! Gadis tu ! :-)




Ada sapa-sapa kat sini yang nak booking saya jadi pengapit ?



+______+



( Weeeeeeeeeeeee !! )


Friday, December 25, 2009

.::muallaf.dan.karya.terakhir::.


1 ) Baru lps tengok filem ni @ 1515 hrs tadi. bagi aku, takde la kontroversi sgt cte nh macam yang aku baca dlm paper. Biasa-biasa sahaja. Tapi ni hanyalah pendapat aku je.


2 ) Bg aku, citer ni agak mendatar.Aku punye la tunggu apa klimaksnye tapi tengok-tengok dah pun TAMAT !
Sgt menghampakan sebab ending dia macam tu je.Tapi jalan ceritanya ok je la..


3 ) Guys, don't expect too much.Filem ni quite boring tapi membuka minda. Yes it did !


4 ) Kalau ikutkan sangat sarat tentang keindahan agama ( Islam terutamanya )


5 ) Kalau compare dgn gubra??For me gubra is her best film to date ! At least kena dgn jiwa raga aku ni.hihihi.


6 ) Masa creddit abis jer terus tersedar that this is Kak Min's final film yg aku tengok.After this no more new film by her. Trus terasa something bila habis tu. Gonna miss all arwah's works. Ya...mungkin..

Wednesday, December 23, 2009

.::hujan.itu.rahmat::.

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

*situasi 1 --> Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je! Bosan betullah..
*situasi 2 --> Alahai, hujan laaagiiii ! Benci !
*situasi 3 --> Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni..
*situasi4 --> Payah nak buat apa2 kalau hujan
*situasi 5 --> Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah rungutan-rungutan itu lebih baik digantikan dengan doa?

"Allahumma syaiyiban nafi'a"

(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).[/b][/color][/b][u]
Hakikatnya, hujan itu rahmat. Ya !"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung,

Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan.

Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)
. Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.

1. Membersihkan udara ( cuba tarik nafas dalam-dalam lepas ujan )

2. Menyubur tanaman ( segar je nampak pokok bunga mak kite yang dibasahi hujan )

3. Membekal air ke empangan ( kalo tak alamat keringla tangki air umah kita )

4. Ingat kepada mati

Ini sikit je senarai kebaikannya. Ada byk lagi. Cuma saya terfikir,kenapa orang selalu bad mood bila hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Mcm biasa dengar ayat tu kan ? Seolah-olah
sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.


Masa kat kolej dulu, saya selalu perhatikan. Samada Khamis petang/malam, atau Jumaat subuh/pagi sentiasa hujan.

Sebab masa tu ustazah selalu pesan, tadah air hujan petang/malam Khamis atau Subuh/pagi Jumaat (saya duk
kat asrama).
Ustazah sebenarnya nak suruh kami prihatin, supaya bila kami buat mcmtu kami akan tersedar, memangbenarlah Jumaat itu hari yang berkat.
Sebab itu hujan turun mengiringi kedatangannya.

Sedarkah kita ??

Atau masih terus merungut ?

.::pabila.kompang.dipalu::.

Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu

Kami doakan moga bahagia
Selamat sejahtera hingga akhir zaman
________

Menghadiri resepsi kawan baik + lama pada 19/12/2009 yang lalu
why time running super duper fast ??

Anis,
rasanya baru semalam kita main kejar sama-sama
masuk darjah satu sama-sama
tido kat umah ko sama-sama
naik moto gi the store sama-sama ( tanpa helmet )
and now we were 24 !!!
oh incik masa,kenapa datang awal sangat ???



persoalannya
adakah kami sudah rela melepaskanmu ???

buat kamu yang saya sayang
Hanisah + Khairul Anuar
SELAMAT PENGANTIN BARU
"walauapa jua yang terjadi,berjalanlah tanpa henti"


arghhhh anis !!!
tolong jangan hilangkan kegilaan kamu after married yach !


Jumpa kamu 27/12/2009
tapi...kali ni dengan warna hijau,ok !



30 jam sahaja

minggu lepas bie balik dengan 3 tujuan dan hanya untuk 30 jam sahaja !
from
Kuala Terengganu - Kuala Lumpur
with love ( ececececeh )
;-)



tujuan 1 : nak amek laptop DELL saya sebagai bekalan dikemudian hari


tujuan 2 : konon2 rindu kat famili

tujuan 3 : nak jumpa saya ( auuww,touching yu ! )


oh ya,

bie jugak ade belikan aku ole-ole chef wan eh bukan

ole-ole dar Jakarta

nanti-nanti je lah aku post kat sini ye

bye


Tuesday, December 1, 2009

Bertahanlah, wahai kawan..

: his myspace status : life with partner so bored :
: must be a problem there :

: sayang bukan bila kita lihat kemesraan yang begini,

atau begini :

: berakhir begitu sahaja :

** Rohaydi deary, solve your probs wisely, its not too late. Trust me ! **

: May ur L O V E last forever :



Thursday, November 12, 2009

Count your blessings, not your wrinkles !

Two tips on your birthday:

1) Forget the past, you can't change it.

2) Forget the present, I didn't get you one.

^______^


Nurdiyana Yunus !!!!!

Happy sweet 24th !

Allah bless u always !

Tuesday, November 10, 2009

Wajah Kesayangan Hamba

Mereka ini anak-anak buah saya
Juga penawar hati saya
Lil' Nicin & Lil' Airil


Arghhh..jangan cepat besar ye !

Hugsy Kissy !

-CikNa

Monday, October 12, 2009

Coz U're Leaving On The Jet Plane

Belayar berbelok-belok sauh dibongkar di air yang tenang
Pergi dengan hati yang elok
Tinggal dengan hati yang tak senang
Bila sampai masa kita pasti akan bersama






Demi kasih kita..
Pergilah..
Jumpa di Januari yang manis
Amin Ya Rabbal Al Amin


^___^





Friday, September 18, 2009

Salam Sesuci Lebaran


Assalammualaikum
Sempena Syawal yang bakal menjelang hanya beberapa hari lagi
Saya di sini ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MINAL AIDIL WAL FA' IZIN
Mohon maaf zahir dan batin andai selama ini saya ada menghiris hati kamu kamu semua di sini
Sama ada sacara sengaja atau tidak disengajakan
10 jari dihulur memohon kemaafan dari kamu kamu semua

Semoga kita semua bergembira di hari yang mulia ini
Insyaallah

Pada yang akan pulang kekampung untuk berhari raya
Pandu,tunggang dan jalan dengan selamat
Orang-orang tersayang menunggu dengan hati yang berbunga-bunga nun di kampung sana

Selamat hari raya sekali lagi !!!
Enjoy ~~~*

Thursday, September 17, 2009

Hai Kak Dina !

Lama rasanya tak jumpa Kak Dina
Where have u been ?
Busy dengan longgokan kerja di Petronas kah ?
Maklumlah, akak kan 'perempuan petronas'
(* u got what i mean,sis-ada yg terasa tak* )


Rindu sebenarnya dengan Kak Dina ni
Rindu nak baca blog kak Dina pun ada jugak
Blog yang boleh menenangkan jiwa pembacanya
Arrghh...kenapalah kak Dina tutup blog tu ???
Tak suke tak suke
Lalat punya pasal



Kali terakhir jumpa Kak Dina, 2 bulan lepas agaknya
Kami sama-sama cari dress kuning untuk ke birthday party Kak Ena's dotter..
Bila agaknya nak jumpa lagi ya ?
Miss u sis..

Satu - Satunya

Kad raya yang saya terima pada tahun ini

Sungguh kasihankan..

Tidak mengapalah

Sekurang-kurangnya masih ada seorang kawan yang mengingati saya






Terima kasih ya En. Donat

Oh ya, kirim salam kat mama & papa awak
Juga tahniah buat papa awak yang baru dikurniakan Dato'
Wah lepas ni kena panggil uncle Dato' la ya...
Erm..Brig Jen Dato' Hj Azman Bin Rosli
Eh, tak lupa Datin Rahmah juga
Selamat memandu ke Kedah Syawal nanti

InsyaAllah raya nanti saya berkunjung ke AU 5D/2A ya !
Tunggu !!

Maaf

Walaupun hati ini perbah terguris dengan perilaku dan perbuatannya

Namun hati ini

Tetap juga hati seorang wanita yang sangat fragile

Umi Fareha Bt Abu Takdir



Saya dah lama memaafkan kamu

Semoga ukhwah persahabatan ini terus kekal

Insyaallah

SS Seri Angkasa, Di Mana Kamu ?

Pada mulanya terfikir mesti bee akan jealous bila saya post entri ni
( itu pun kalau dia baca blog ni )
Dua kali berfikir
Ah, tak mengapalah
Ini entri tentang kawan saya ( yang juga kawan bee sewaktu kecil lagi )
So, apa salahnya kan ?!

Terus bercerita

Kali terakhir dia menelefon saya 2 minggu yang lalu
Waktu itu Seri Angkasa dalam perjalanan ke Jepun

( ada sape2 kenal mamat ni ke ? )

2 minggu sudah berlalu
Seri angkasa, di manakah kamu ?
Kata nak beraya kat Bintulu...

Hey, kalau dah sampai Bintulu do sms me hokkay!



Wednesday, September 16, 2009

Sabar je lah Ibu . . .

Macam mana nak mulakan ya
Rasa geram yang teramat sangat plus hanginsatubadan !

Grrr.......
Geram tau !
Baru tadi call makcik tukang jahit langsir
Dia bagitahu macam ni
" maafla la Lina, langsir tu makcik tak dapat siapkan,banyak sangat tempahan tuk tahun ni. Tak larat rasanya. Maaf sangat-sangat ya "

Patut tak ??????
Aduyai...dah la lagi 4 hari je nak raya
Sabar sabar sabar

Nampaknya tahun ni beraya dengan langsir 2 tahun lepaslah
Mujur masih elok dalam simpanan kami
Langsir ni hadiah dari Tun Mahathir
Sebab 2 tahun lepas saya dan company abang ( ID ) dapat tender menghias semula kediaman rasmi Tun yang sekarang dikenali sebagai Galeria Sri Perdana

Dalam situasi yang macam ni Ibu masih boleh bersabar lagi
Katanya, " sabarlah dik, langsir kita pun masih elok lagi.."
Hish, ibu oh ibu...
Entah bila saya boleh jadi sesabar kamu ?

To MAKCIKTUKANGJAHITLANGSIR
Semoga Tuhan 'merahmati' kamu

Ini design langsir macam yang ibu saya idam-idamkan untuk Aidilfitri kali ini
Nampaknya harapanlah !



( pinkish gitew ! )


Selamat berbuka semua !
Ramadan bakal pergi...

Monday, September 14, 2009

Hadiah ? Oh Sangat Teruja !

Hi...Assalamualaikum
Sabtu yang lalu kami keluar bersama
Katanya nak membeli then blah untuk persiapan raya


Hish tapi yang sebaliknya !

* Oh ada agenda tersembunyi yea beebee nih*

Rupa-rupanya dia nak belikan hadiah birthday untuk saya
Wah...siapa taknak kan ?
Cepat je kaki ni melangkah !
Hahahaha nasiblah dapat gf kaki rayau !

Lantas, tujuan kami nan satu = KLCC
Dan ini hadiah daripada En. Boyfie kepada Ms. Gf


Taraaaa.....





( saya tak suka yang ini, hokkay )







( huwa...sempat beraksi )









( my colourful roxy )










( mmg i l o v e u more-lah dal ! hahaha )




Kesimpulannya...

Saya memang hantu kasut + sandal !

Hahahahahahahahaha


T______T

Ada Apa Dengan 07092009 ?

07091985 - 07092009
Alhamdullilah
Genap umur saya 24 tahun

Ada yang sebaya di sini ?

* sila angkat tangan *
^____^


Sempena ulangtahun saya kali ini
En Boyfie sempat juga membuat suprise yang ala-ala tak berapa jadi
Sebabnya ???
Saya dah terbaca messages dalam inboxnya terlebih dahulu !
Hahahaha padan muka !
Tinggal harapan...

Ok lah, ni 2 3 keping gambar yang pada saya biasa-biasa saja
Nothing special on that day

Pada kamu kamu dan kamu yang wish birthday kepada saya
Terima kasih banyak-banyak kerana mengingati tarikh itu
May all the wishes come true, Amin !




( Kek yang so-so sahaja)





( sutun gurin tupun )





( Afu afu, tiuuupppp! )





( Terbalik,kan ? )





( Sungguh! saya tak suka teddy bear la ! )


Larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!!!







Saturday, September 5, 2009

Buka Puasa 1430H

Tahun ini kali pertama kami berpuasa bersama
Dan insyaAllah beraya juga bersama

Maka tadi sempatlah kami berdua meluangkan masa untuk berbuka bersama
Lokasinya , The Ship Damansara
( Urrghh, sungguh western sekali )


welcome welcome


Him


Mine


Also mine


Thank you Darl for the great Buka Puasa
InsyaAllah lain kali kita buka puasa sama-sama lagi !

L.O.V.E you !

Terima Kasih Daun Keladi, Cik Nani


Hi semua
Dah lama sangat tak berblog
A bit bz lately
Tak terlambat rasanya nak ucapkan SELAMAT BERPUASA pada semua
Better late than never, aite ?

+________+


To Cik Nani,
Terima kasih atas kiriman jemputan ke majlis perkahwinan
Insyaallah saya datang with my beloved familia atau dengan encik bf
Tunggu kedatangan saya ya + hadiah yang tak seberapa



Saturday, July 25, 2009

Monday Blues ? Ah, biasalah tu..

>Di petik dari sini.
Bunyinyer macam menarik,kan kawan-kawan.
Enjoy reading ~~~*




MONDAY BLUES

the cock crows again

its the dawn of a new day

his eyes still heavy with sleep

he dreads the icy cold water

on his bare skin

clothes barely ironed

shoes not quite polished

room in a state of mess

that'll wait,cant miss the bus again

not a decent vehicle in sight

he opts for the death on wheels-MOLUE

thats what its called-right?

the awful smell of bad breath and cheap cologne

hangs in the air

misplaced elbows.poing hes ribs

he sticks his head out the window

for a bit of fresh,unpolluted air

hes heart pumps faster than usual

as he crosses the mainland bridge

the driver drunk with madness

speeds like death awaits him

he thinks about the swimming lessons he didnt take

poor fella...like one with heavy fever..he begins to shake

he breaths a sigh of relief

as they reach the other end of the bridge

driver signals to hes side kick

who prances about collecting the bus fare

where yer moni" he shouts

as if speaking to a deaf ear

in a fit of anger and fustration

he flings the money at the conductor and hurries off

while curses are rained on him

he mutters hes under his breath

late for work

the boss..

is down his neck again

the pay isnt worth the work

but there are mouths to feed

he dares not talk

the same menacing cycle on the journey home

the sun has died

and the stars rule the sky

home sweet home at last

jus then nepa strikes....




( sekadar gambar hiasan di pagi isnin )

Happy Monday peeps!





Sambal Tempoyak Punya Pasal


Di hujung-hujung minggu begini
Pastinya ibu dan kakak ku berebut untuk turun ke dapur
Saya ? Tengok dari jauh sambil buat drawing sudahlah !


+______+


Sambal tempoyak plus ikan bilis
Memang sangat-sangat membuat saya teruja mencubanya
Walaupun telah beberapa kali Sang Munchkyn memberitahu
" Itu makanan favourite Bie tau Hunny "
Hati ini tetap tak teringin langsung nak mencubanya!
Hihihihihihi


Tapi lain pula halnya dengan hari ini
Sebaik saja sambal tempoyak terhidang atas meja
terus mencedok nasi ke pinggan tanpa memandang kiri dan kanan
[ Kelihatan gelojoh ,bukan ? ]
Entah kenapa teruja sangat dengan baunya yang semerbak itu


Kesannya, saya habis melantak 2 pinggan ( bukan 4 pinggan ya ! )
Maka...musnahlah diet saya pada hujung minggu
Sekian untuk entri " sambal tempoyak punya pasal "



Friday, July 24, 2009

Perginya Takkan Kembali

Hari ini genap 2 tahun 6 bulan pemergian Ayah tercinta ke rahmatullah
Setiap kali teringat arwah ayah hati sentiasa di rundung kesedihan

Pasti !


Ayah, kenangan bersama Ayah tetap segar dalam ingatan

Walau hampir 3 tahun berlalu
Anak Ayah ini sedihnya belum hilang lagi

Hanya doa dan surah-surah suci yg mampu Adik titipkan untuk Ayah

Setiap waktu , setiap saat

Bukan hanya pada hari ini


Adik sangat-sangat terkilan kerana hanya lambat 5 minit untuk melihat Ayah menutup mata buat kali terakhir

MungkinAbang lebih bernasib baik barangkali

Namun Ayah sentiasa berada dlm hati kami semua…

Ayah, sekarang ni kalau Adik sedih, Adik tak ada tempat
mengadu dan tempat mencurah rasa macam dulu lagi

Adik betul-betul rasa kehilangan

Semoga Ayah di dalam golongan hamba-hambaNya yang soleh di sana

Doa anak-anak Ayah sentiasa bersama Ayah setiap masa setiap saat


Al Fatihah untuk Ayah tercinta

Semoga rohnya dicucuri rahmat







[ Amin Ya Rabbal Allamin ]

Wednesday, July 15, 2009

:: Perempuan Datang Atas Nama Cinta ::

Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur di hatimu
yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Lalu sekali ini aku melihat karya surga
dari mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta

Tapi aku pasti akan kembali
dalam satu purnama
untuk mempertanyakan kembali cintanya..

Bukan untuknya, bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin kamu
Itu saja



( ** Oh bee, kangen banget sama kamu !! )

Thursday, July 9, 2009

R.I.P Mikael !



Have just finished watching Living With Michael Jackson in youtube.

A big thanks to the one who uploaded these videos, love them very much!

What i can say is, Michael was so innocent, childlike, gentle, generous and warm hearted person.

I love his personalities! Deep in my heart, he was a real man, a good daddy and a loving man.


How could the press and public keep insulting him?

Especially after his death, people have no respect at all.

This is so rude and so unfair to him!!!Dammit!



As his supporters said:
F.U.C.K the press, Michael you are the best
Hah ! this quote rocks!



I love this episode :
Michael said
'' I dont ever want to be buried, I would like to live forever ''
This is so sad, it gave me chills, ran up my spine, made me crying like nobody business.

You do!! You do!! You will live in our heart forever ! Yeah, it's true..

"People can always have a judgement about anything you do.

Everything can be strange to someone....

So who cares? "

Last but not least,


Rest In Peace MJ !

I will miss your music. But I will not miss your white-wannabe mentality..

Thursday, June 25, 2009

Dahulu Ada Dua

. .. .kini nak masuk tiga


Ini cerita anak buah saya


baru semalam dapat berita


kakak ipar saya disahkan hamil 1 bulan


" oh ibu, nana tak tau pun nana pregnant,duk aktif scuba diving kat Tioman minggu lepas "


katanya pada mak saya


sesungguhnya ALLAH itu Maha Kaya


Selepas Nisrin Nur Damia,




DIA kurniakan Muhammad Airil Hakim



Dan kali ini ?


baby blue or baby pink ?


Terima seadanya.Semoga kalian membesar jadi insan sempurna.


Cik Na tak sabar tunggu kelahiran kamu wahai baby !!! Hehe


But anyway, Nicin and Airil....


.
.
.


Cik Na Love Both Of You !!!!


* Muah Muah *



Wednesday, June 24, 2009

Bollywood Style , Babe !

Ahad yang lalu,
menghadiri resepsi perkahwinan kawan lama di Wisma PKPS
Shah Alam

Enjoy the pichass !!




( mmg bollywood mari!! )




( makan beradab shah jehan + mumtaz ,ahax ! )




( Haip! ke mari kau ! )





( mesti nak enterframe,kan ! hahaha )

To my ever dearest friend, Nadine Shaiba + Husband semoga berbahagia hingga hujung nyawa.Tahniah !
So, ade sape2 kat cni yang nak wedding korang ala2 bollywood style ke ?
hehehehe
.
.
.
.
.
Till then peeps !


* psst : ade org tu menyambut kepulangan bf terchenta dari BK6 la ptg nih !!! bestnyer..
*jeles jeles*




Sunday, June 7, 2009

Si Dia Sudah Kembali

Salam semua...

sihat ke ? harap2 macam tu -lah,kan !
saya ? baik2 aja !

4hb Jun 2009 ( khamis yang lalu )
my chenta hati balik dari 'pertapaannya' di atas kapal
setelah 5 bulan dia nun kat tengah2 lautan sana.

Now, he's back dan saya sangat2lah gembira



Doakan kasih-sayang antara kami terus kekal ya kamu-kamu semua !!
Thank you!


Wednesday, May 27, 2009

Hi, I'm New !!


Salam semua...

Baru nak berjinak-jinak dengan dunia bloggo nih..
Harap anda semua dapatla membantu saya ya...


T___T




Lina Rahmawati