Wednesday, December 23, 2009

.::hujan.itu.rahmat::.

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

*situasi 1 --> Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je! Bosan betullah..
*situasi 2 --> Alahai, hujan laaagiiii ! Benci !
*situasi 3 --> Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni..
*situasi4 --> Payah nak buat apa2 kalau hujan
*situasi 5 --> Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah rungutan-rungutan itu lebih baik digantikan dengan doa?

"Allahumma syaiyiban nafi'a"

(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).[/b][/color][/b][u]
Hakikatnya, hujan itu rahmat. Ya !"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung,

Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan.

Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)
. Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.

1. Membersihkan udara ( cuba tarik nafas dalam-dalam lepas ujan )

2. Menyubur tanaman ( segar je nampak pokok bunga mak kite yang dibasahi hujan )

3. Membekal air ke empangan ( kalo tak alamat keringla tangki air umah kita )

4. Ingat kepada mati

Ini sikit je senarai kebaikannya. Ada byk lagi. Cuma saya terfikir,kenapa orang selalu bad mood bila hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Mcm biasa dengar ayat tu kan ? Seolah-olah
sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.


Masa kat kolej dulu, saya selalu perhatikan. Samada Khamis petang/malam, atau Jumaat subuh/pagi sentiasa hujan.

Sebab masa tu ustazah selalu pesan, tadah air hujan petang/malam Khamis atau Subuh/pagi Jumaat (saya duk
kat asrama).
Ustazah sebenarnya nak suruh kami prihatin, supaya bila kami buat mcmtu kami akan tersedar, memangbenarlah Jumaat itu hari yang berkat.
Sebab itu hujan turun mengiringi kedatangannya.

Sedarkah kita ??

Atau masih terus merungut ?

No comments: