Wednesday, September 7, 2011

Di Usia 26 Tahun

Assalammualaikum & Hello

7 Sept datang lagi. saat, jam, hari dan bulan berlalu. dalam 26 tahun, banyak yang aku dah manfaatkan. syukur atas nikmatNya . masih lagi berhadiah. syukur lagi. 26 tahun rasa sekejap. aku sayangkan aku & aku tahu ramai yang sayangkan aku. terima kasih atas ucapan 
semuanya. dari panggilan telefon, sms, wassap, viber dan juga facebook. you had me at H A P P Y :-)

To my karipap rangup ( my fav friend ) thank you so much untuk suprise yang ko bagi .
I really appreciate that, Zara !!




Moga aku  dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik.
Doa aku, moga bertemu di usia 27 ! 

Tuesday, September 6, 2011

Lemau & Teringat Makanan

Assalammualaikum & Hello

Aku dah start kerja hari ni selepas 1 minggu bercuti sempena Hari Raya
Sepatutnya start semalam. Tapi ala-ala malas gitu.
So MC ada di mana-mana. *keluar tanduk*

Ala aku tau korang kat luar pun ada sebahagian yang berperangai macam aku kan.
Kamoooon ! its normal baybeeee :-)

Jasad aku kat opis,tapi otak & segala jenis hati & perasaan 99.5 % kat umah.
Ditambah pula malam nanti ada kawan Ibuk nak beraya kat rumah.
Lagi lah ligat otak ni berfikir apalah Ibuk nak masak malam nanti.
Mesti yummmeh ! 

Aku pulak berkira-kira ( apahal kena kira ?) nak buat Pisang Custard ( kelas kau! )
Ini semua gara-gara aku tengok rancangan Resepi Umi kat Tv AlHijrah. Gitu..hehehehe

inilah dia ! ( tq brader google ) 
Duk cari punya cari, resepi ni yang aku dapat.
So aku tekad nak cuba malam ni.
Korang doakan moga badai malas tak melanda aku ye malam ni. hehehe :)


RESEPI PISANG CUSTARD @ PENGAT PISANG MODEN


Bahan-bahan ( ikut saiz acuan )

  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 2 cawan air
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Pisang emas/berangan atau nanas
  • Sirap gula merah

Cara-cara

  1. Potong pisang/nanas dan letakkan ditengah2 acuan. Kalau gunakan loyang, boleh susun cantik2.
  2. Campurkan tepung kastad, air, gula dan susu. Mesrakan dulu sebelum letak atas api.
  3. Kacau bahan '2' atas api sederhana hingga pekat dan berkilat.
  4. Cepat2 tuangkan kastad kedalam acuan/loyang dan ratakan permukaannya. Sejukkan.
  5. Keluarkan dari acuan. Potong dasarnya sedikit jika ia tidak boleh duduk diam.
  6. Boleh dimakan dengan sirap gula merah atau sos kastad

Selamat mencuba aku ucapkan untuk diri aku ! 

Monday, September 5, 2011

Aidilfitri 2011

Assalammualaikum & Hello

Raya tahun ni ( 2011 ) seperti biasa.
Takde yang special, tapi Alhamdulillah dapat sambut 1 Syawal dengan keluarga kecil aku.
Malam raya : abang bawak ibuk gi Giant beli blouse and so on.
Aku ditugaskan kemas rumah ( sebenarnya bibik dah kemas dulu sblm aku buat ) senang keje aku. hahaha.
Akak pulak macam biasa, sibuk dengan dapur dia. buat kek itu ini. tapi malam raya ni dia buat kek oren.
1 untuk keluarga mertua dia ( kat kelantan ) & 1 lagi tu myseken. kelas ! hanya perlu order ! hahaha

1 Syawal, mcm biasa juga solat raya sama-sama kat masjid depan rumah.
Bermaaf-maafan, macam biasa jugak bermaaf-maafan sambil gelak-gelak.
Baru la suasana tak sehening Syawal,kan ! 
Lepas salam sana salam sini, pergi ziarah kubur arwah Bapak.
Tahun ni dah 4 tahun bapak pergi.
Doa kami sekeluarga tak pernah putus untuk Bapak.
Moga Bapak juga bahagia kat sana. AlFatihah....

Tulis panjang-panjang pun buatpe, baik aku paste gambar.
Oh ya , tema kami tahun ni ( sebelum ni takde tema ok je ) ialah = turquoise :-) 

Airil, Kaka & Rayyan dengan Tante Nana 

kami !

Kak Ita & keluarga mini dia
Abang Zaki & family yang makin membesar
kan aku dah cakap, mesti gelak2 punya ! hehehe
Apapun, hari ni baru Syawal ke 7.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. 
Panjang umur kita jumpa lagi Syawal tahun depan !

Tuesday, June 14, 2011

24 she is !

Selamat ulang tahun kami ucapkan
Semoga panjang umur kami kan doakan
Selamat sejahtera sehat sentosa
Selamat panjang umur dan bahagia

( lagu yang arwah bapak selalu nyanyikan waktu birthday aku ) 

- wani is smiling -

specially dedicated this entry to Wanie Ruzli 
happy sweet 24 .
moga panjang umur, murah rezeki , sihat selalu.
aku doakan jodoh ko ngan SJ akan kesampaian. - Amin -


p/s i love u more !!!!

Tuesday, June 7, 2011

Kalaulah Saintis Boleh Cipta Ubat Anti Malas, Oh Indahnya Kalau ...

percaya atau tidak.
aku banyak sangat benda yang nak dibuat.
akibat dari bertanguh-tangguh kerja.
antara dialog yang paling aku suka bagi kat hati ,
" ala, kejap lagi lah buat. senang je tu "
damn ! akhirnya hati & tangan dah terbiasa !
memang susah nak ubah benda yang dah biasa,kan ?

hurm, i just dont know where to start
im just tired & sore. korang pernah rasa macam ni ?
bila sampai opi, meronta-ronta nak balik.
dah sampai time 5pm nak balik, rasa bila balik rumah bosan pulak..

oh, banyaknya benda dalam kepala otak ni.
way to much ! 
and i've been thinking a lot 
that maybe, just maybe, i should
argh, never mind ;-)

I only have one life. could me myself realise that ? 


Monday, June 6, 2011

Percaya Padaku

malam ni emosi sangat rapuh
serapuh kapal yang melanggar karang 

lagu kegilaan aku sepanjang Jun ini barangkali 


Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku ‘tuk selalu menantimu 
Untuk katakan ku ingin dirimu 
Agar kau tahu betapa ku terlalu 
Mencintaimu aku akan menunggu 
Hingga dirimu kembali untukku


^ungu_percaya padaku^


*aku harap dan sentiasa berdoa bayang-bayang dia pergi jauh dari hidup ni. tapi kuatkah aku ? 

Saturday, June 4, 2011

Tell The World Imma Back

Salam & Hello

Tolong bagitahu dunia yang Lina dah kembali berblog ! 
Hoyeah ;-) 

Rindunya rasanya jejari runcing ni nak menari-nari kat atas keyboard ni.

Kalau sudi, tunggu update seterusnya , okay ? 

Thursday, February 10, 2011

kerana jalan hidup kita berbeza

kita boleh saja memesan bir
tapi kita tidak boleh memesan takdir

Tuesday, January 25, 2011

Cinta = Duit

Yes, aku rasa memang perlu seiring.
Betul ? 
Sapa setuju sila angguk kar depan webcam.
Hehehehe !!!


Lafaz cinta? Sayang? 
Jarang-jarang sangat aku lafazkan
Maybe sebab cinta aku disimpan untuk lelaki yang betul-betul sah sebagai suami. MAYBE ! 
Aku sendiri tak pastilah !
Panggilan manja seperti 'abang' pun sama. Oh, abang ? How 'bout that ?
Aku layan dia macam sahabat yang rapat tapi sahabat yang paling dekat di hati. Wow !
Hehehe, maaf jika aku tak romantik. 
Aku tak nak lah berangan pasal hal perkahwinan lagi. 
Benda yang tak pasti, kita hanya merancang, Allah yang tentukan. 
Tapi aku berani cakap yang aku akan setia menunggu.
Amacam stail tak aku ? ;-)

nota sayauntukpembaca: kami mengamalkan cara tak bersms selalu apalagi menelefon. Skype sudah ! Jumpa kekadang pun aku rasa dah cukup. 



Slow and steady,
but Surely.

You're Original, Can't Be Replaced !

After a hurricane, comes a rainbow
Lewat hujung minggu yang lalu

^_________^

















 
"You call me on Thursday
And well hang out all day
Then fall asleep on the phone"

Sunday, January 23, 2011

Kematian Hanya Ketiadaan Hidup Di Dunia

"Janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang
     yang meninggal di jalan Allah bahwa 'mereka itu
     telah mati,' sebenarnya mereka hidup, tetapi kamu
     tidak menyadarinya" (QS Al-Baqarah [2]: 154).

Hari ini, 23 Januari 2011.
Genap 4 tahun pemergian Bapak tersayang. 
Tapi masih terasa kasih sayangnya.
Benar. Tak bohong. 
+ tempat terakhir bercuti bersama arwah+


Moga Allah tempatkan rohnya di kalangan hamba-hambaNya yang soleh.
- Al Fatihah - 

Saturday, January 22, 2011

Public holiday ( Thaipusam )

Agak bosan pulak duduk kat rumah je.
So tangan pun laju je taip sms
Roger2 member
Kot2 ada yang sependapat nak tengok KHURAFAT
Yang orang duk bangga2 cakap hantu dia memang real !


Last2 nan ado !
Watak makcik cleaner lagi seram!
Haha sian makcik cleaner.
Kuih Bombay dia tak dapat sambutan.


But ok lah
Syamsul yusof . For the 1st time buat filem genre seram macam ni.
*support sket wey!*


P/S: gambar ntah cemana nak upload guna smartphone nih !

When a person you adore, adores you back =]

.
Tara !!!!!!
.


.

.

.

.
I'm touched.

Something that was just a dream previously and something that is far to be reached and today the satisfaction of being acknowledged by the 'dream' is worth everything.

For sure !

~terima kasih daun keladi~

Friday, January 21, 2011

Its Weekend Peeps !

Ok, tengah banyak masa free.
Juga tengah giler update blog yang  memang kadang-kadang terabai ! 

dahlah malas nak update banyak.
mood tengah ke Laut China Selatan nih. membayangkan betapa seronoknya menanti esok dah ahad ! 
yippie !!!!!


**lompatlompat+jumpingjumping+bouncingbouncing**

wah gitew !!!! hehehehe

^_________^

+ ini adalah clue +

~byebye~

Happy Birthday, Marliana !!

Amaran : Entri ini ditulis sewaktu office hour. So pandang kiri kanan line clear . Maka kita ZZZZZAAAAAASSSS ! Hahaha.

Ingatan aku melayang pada antara insan penting dalam hidup aku. 
Kesibukan membataskan waktu untuk aku buat dedicated entry for Ana's Birthday on the dot 17th Jan 2011. 
Sorry !
So here i am,doing my-so-called simple entry just 4 u !
 
Sometimes when you got so many things to say,you just left thing unsaid..
This is my wish to a special people in my life ( kot )
Thank you for being such a good friend to me !

HAPPY SWEET 26th ! 
May Allah bless you in whatever you do.
Insyaallah


My wish for you
Is that this life becomes all that you want it to
Your dreams stay big, your worries stay small
You never need to carry more than you can hold

 ~ macam biasa i love you more ! ~

Monday, January 10, 2011

Sign On

Hari ni genap 3 minggu myLo on board 
dia bukan keje ngan MISC / AET
yang aku tau kapal dia adalah kapal supply
( apesal nampak cam aku tak bape nak amek tau pasal kapal dia ?
miahahahahaha

the best part myLo hanya sign on selama 3 bulan je
ok lah kan...hehehehe
I tunggu U March nanti ya !

ok selesai part ni
(tak berapa nak ada mood sebenarnya nak bercerita )
tapi ku gagahkan jua ! hihihi

_____________________________

ni part yang paling besh ! 
anak buah kesayangan aku dah sekolah.
tapi weekend je lah dia sekolah.
tu pun 1 jam . setiap sabtu.
happy betul tengok dia kat sekolah

menari, melompat, melukis , coonteng sana, conteng sini.
haish, moga jadi anak yang bijak ye airil !

habis kelas tu, masuk kete airil terus tido ! penat sangat kot. 
alahai kalo 1 jam sekolah tu penat apenyer ?
cik na pun tak paham lah !

oh maybe sebab selama 1 jam tak dapat charging energy kot !!
( minum susu lah , ape lagi ! ) 

well, at least airil tak macam budak2 lain yang sebaya dia duk nangis2 takmau gi sekolah.
syabas airil ! nanti Cik Na belanja robot Toy Story
( jangan jahanam sudah )

p/s : gambar lain kali je lah ye. line streamyx sgt hell yeah !