Tuesday, September 6, 2011

Lemau & Teringat Makanan

Assalammualaikum & Hello

Aku dah start kerja hari ni selepas 1 minggu bercuti sempena Hari Raya
Sepatutnya start semalam. Tapi ala-ala malas gitu.
So MC ada di mana-mana. *keluar tanduk*

Ala aku tau korang kat luar pun ada sebahagian yang berperangai macam aku kan.
Kamoooon ! its normal baybeeee :-)

Jasad aku kat opis,tapi otak & segala jenis hati & perasaan 99.5 % kat umah.
Ditambah pula malam nanti ada kawan Ibuk nak beraya kat rumah.
Lagi lah ligat otak ni berfikir apalah Ibuk nak masak malam nanti.
Mesti yummmeh ! 

Aku pulak berkira-kira ( apahal kena kira ?) nak buat Pisang Custard ( kelas kau! )
Ini semua gara-gara aku tengok rancangan Resepi Umi kat Tv AlHijrah. Gitu..hehehehe

inilah dia ! ( tq brader google ) 
Duk cari punya cari, resepi ni yang aku dapat.
So aku tekad nak cuba malam ni.
Korang doakan moga badai malas tak melanda aku ye malam ni. hehehe :)


RESEPI PISANG CUSTARD @ PENGAT PISANG MODEN


Bahan-bahan ( ikut saiz acuan )

  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 2 cawan air
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Pisang emas/berangan atau nanas
  • Sirap gula merah

Cara-cara

  1. Potong pisang/nanas dan letakkan ditengah2 acuan. Kalau gunakan loyang, boleh susun cantik2.
  2. Campurkan tepung kastad, air, gula dan susu. Mesrakan dulu sebelum letak atas api.
  3. Kacau bahan '2' atas api sederhana hingga pekat dan berkilat.
  4. Cepat2 tuangkan kastad kedalam acuan/loyang dan ratakan permukaannya. Sejukkan.
  5. Keluarkan dari acuan. Potong dasarnya sedikit jika ia tidak boleh duduk diam.
  6. Boleh dimakan dengan sirap gula merah atau sos kastad

Selamat mencuba aku ucapkan untuk diri aku ! 

No comments: