Monday, January 25, 2010

.::siapa.kita.untuk.menolak.takdrNya::.

22.01.2010,1846 hrs
Tingkat 3,Wad ICU, Hospital Ampang

Mungkin saya tidak sekuat dia jika takdir hidup saya begini

Makcik Maimunah
Kawan sekampung kepada ibu saya,meniti usia tua bersama
Ibu kepada kawan baik saya, Ahmad Saife
Ayahnya pergi sewaktu usianya menjangkau 11 tahun
Baru kehilangan Ayah tiri sewaktu umat Islam seluruh dunia kegembiraan menyambut Ramadan yang bakal tiba lewat Ogos lalu
....dan kini ibunya disahkan menghidap kanser rahim peringkat kedua...

Statusnya, 31 Disember yang lalu-sangat-sangat menyentuh hati ini..

" Ahmad Saife 31 Dec genap 15 tahun pemergian abah tersayang Al-Fatihah....,mak masih di ward n semuanyer makin baik di bawah jagaan rapi doktor. Alhamdulillah...Mak adalah Ibu terbaik di dunia yg aku miliki....tabah membesar kn aku tanpa abah sehingga tercapai cita2 aku.....semoga mak cpt sembuh..aku sanggat merindui mu kembali ke rumah "



.....kerana memang hidup mati adalah milik Allah...


Ya Allah Ya Tuhan Kami
Hanya engkaulah yang menghilangkan kesedihan
Engkaulah yang Maha Menyembuhkan
Tidak ada yang lain yang mampu menyembuhkan
kecuali hanya engkau yang menyembuhkan

.Amin Amin Ya Rabbal Al Amin.




Sunday, January 17, 2010

.::teristimewa::.

turn 25 !

semoga dikurniakan umur yang bermanfaat

rezeki yang halal

ilmu yang berguna

jodoh yang syafiq ( hihihi ) ---> refer maksud dlm bahasa arab,ok

hidup yang dirahmati ( bukan rahmawati )




** lev yu mo ana **

.::aku.rindu.sayang.kamu::.


........apakah kau dah tak sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku
Terasa sungguh......

** i miss him **

.::oh.airil::.

minggu ni anak buah saya yang satu ni asik sakit saja
kesian sangat tengok dia
nangis tak henti-henti waktu kami bercuti di PD
sakit perut + masuk angin
ulser
sakit tekak
disyaki tulang retak oleh pakar kanak-kanak
( akibat hyperactive + asyik berlari sana sini )



esok kami akan membawa airil ke doktor pakar untuk x-ray susulan
semoga kamu baik-baik aja wahai tomey
cik na rindu la nak timang kamu tinggi2 lagi !


+____+

Sunday, December 27, 2009

.::bunga.bunga.cinta::.

dua minggu lepas kapal Bie anchor di Terengganu
bie sempat titipkan ini buat saya
terima kasih bie
even bie jauh selalu buat saya happy,yeah !


bie*sayang, agak-agak bila saya nak suka bunga ya ?

.::kelam.kabut::.

dalam sibuk-sibuk meeting pagi tadi
tiba-tiba handphone ni berbunyi
1 mms received

tengok-tengok bila bukak, keluar gambar ni
dikirim oleh salah seorang teman sekerja saya
sungguh kurang asam pengirimnya

( *wei Lina, 1 hari xkelam kabut xboleh ke?* )

sempat lagi dia letak wording macam kat atas tu

am I ?

:-(

.::cik.pengapit::.


Al-kisahnya aku jadi gadis pengapit terjun pagi tadi
Pengapit sedia ada ( myxura ) kena kira stok !!!
Ape kes beb ? Aduhai...
Nasib baik Hanis ada pengapit simpanan

Tapi seronok juga jadi pengapit
Bayangkanlah start celik mata 9am sampai la 7pm baru sampai rumah
Memang betul-betul pengapit yang dedikasi kan ?
10 jam duk mengapit bini orang !!

Aku bawak agak laju merentasi MRR II
Sungai Buloh - Lembah Keramat
Tapi apa ada hal ?
Sang pengantin pun rela aku bawak laju nak cepat punya pasal
Boleh pulak macam tu, kan ?

Kali terakhir aku jadi pengapit was in 2007
Masa tu resepsi persandingan kakak aku
( time tu aku kurus & muda belia lagi.hihi )

So bawah ni antara momentum aku jadi gadis bunga. Eh bukan gadis pengapit.
Fullamak ! Gadis tu ! :-)




Ada sapa-sapa kat sini yang nak booking saya jadi pengapit ?



+______+



( Weeeeeeeeeeeee !! )