Saturday, January 28, 2012

Mario & Kenangan

Assalammualaikum

Airil baru je beli game ni .
Sangat-sangat nostalgia .
Bila aku menang , mesti Airil jerit .
CikNa menang, mama !!!!

*dia xtatau 17 thn dulu CikNa & Mama dia champion game ni, hehe *

Wednesday, September 7, 2011

Di Usia 26 Tahun

Assalammualaikum & Hello

7 Sept datang lagi. saat, jam, hari dan bulan berlalu. dalam 26 tahun, banyak yang aku dah manfaatkan. syukur atas nikmatNya . masih lagi berhadiah. syukur lagi. 26 tahun rasa sekejap. aku sayangkan aku & aku tahu ramai yang sayangkan aku. terima kasih atas ucapan 
semuanya. dari panggilan telefon, sms, wassap, viber dan juga facebook. you had me at H A P P Y :-)

To my karipap rangup ( my fav friend ) thank you so much untuk suprise yang ko bagi .
I really appreciate that, Zara !!




Moga aku  dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik.
Doa aku, moga bertemu di usia 27 ! 

Tuesday, September 6, 2011

Lemau & Teringat Makanan

Assalammualaikum & Hello

Aku dah start kerja hari ni selepas 1 minggu bercuti sempena Hari Raya
Sepatutnya start semalam. Tapi ala-ala malas gitu.
So MC ada di mana-mana. *keluar tanduk*

Ala aku tau korang kat luar pun ada sebahagian yang berperangai macam aku kan.
Kamoooon ! its normal baybeeee :-)

Jasad aku kat opis,tapi otak & segala jenis hati & perasaan 99.5 % kat umah.
Ditambah pula malam nanti ada kawan Ibuk nak beraya kat rumah.
Lagi lah ligat otak ni berfikir apalah Ibuk nak masak malam nanti.
Mesti yummmeh ! 

Aku pulak berkira-kira ( apahal kena kira ?) nak buat Pisang Custard ( kelas kau! )
Ini semua gara-gara aku tengok rancangan Resepi Umi kat Tv AlHijrah. Gitu..hehehehe

inilah dia ! ( tq brader google ) 
Duk cari punya cari, resepi ni yang aku dapat.
So aku tekad nak cuba malam ni.
Korang doakan moga badai malas tak melanda aku ye malam ni. hehehe :)


RESEPI PISANG CUSTARD @ PENGAT PISANG MODEN


Bahan-bahan ( ikut saiz acuan )

  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 2 cawan air
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Pisang emas/berangan atau nanas
  • Sirap gula merah

Cara-cara

  1. Potong pisang/nanas dan letakkan ditengah2 acuan. Kalau gunakan loyang, boleh susun cantik2.
  2. Campurkan tepung kastad, air, gula dan susu. Mesrakan dulu sebelum letak atas api.
  3. Kacau bahan '2' atas api sederhana hingga pekat dan berkilat.
  4. Cepat2 tuangkan kastad kedalam acuan/loyang dan ratakan permukaannya. Sejukkan.
  5. Keluarkan dari acuan. Potong dasarnya sedikit jika ia tidak boleh duduk diam.
  6. Boleh dimakan dengan sirap gula merah atau sos kastad

Selamat mencuba aku ucapkan untuk diri aku ! 

Monday, September 5, 2011

Aidilfitri 2011

Assalammualaikum & Hello

Raya tahun ni ( 2011 ) seperti biasa.
Takde yang special, tapi Alhamdulillah dapat sambut 1 Syawal dengan keluarga kecil aku.
Malam raya : abang bawak ibuk gi Giant beli blouse and so on.
Aku ditugaskan kemas rumah ( sebenarnya bibik dah kemas dulu sblm aku buat ) senang keje aku. hahaha.
Akak pulak macam biasa, sibuk dengan dapur dia. buat kek itu ini. tapi malam raya ni dia buat kek oren.
1 untuk keluarga mertua dia ( kat kelantan ) & 1 lagi tu myseken. kelas ! hanya perlu order ! hahaha

1 Syawal, mcm biasa juga solat raya sama-sama kat masjid depan rumah.
Bermaaf-maafan, macam biasa jugak bermaaf-maafan sambil gelak-gelak.
Baru la suasana tak sehening Syawal,kan ! 
Lepas salam sana salam sini, pergi ziarah kubur arwah Bapak.
Tahun ni dah 4 tahun bapak pergi.
Doa kami sekeluarga tak pernah putus untuk Bapak.
Moga Bapak juga bahagia kat sana. AlFatihah....

Tulis panjang-panjang pun buatpe, baik aku paste gambar.
Oh ya , tema kami tahun ni ( sebelum ni takde tema ok je ) ialah = turquoise :-) 

Airil, Kaka & Rayyan dengan Tante Nana 

kami !

Kak Ita & keluarga mini dia
Abang Zaki & family yang makin membesar
kan aku dah cakap, mesti gelak2 punya ! hehehe
Apapun, hari ni baru Syawal ke 7.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. 
Panjang umur kita jumpa lagi Syawal tahun depan !

Tuesday, June 14, 2011

24 she is !

Selamat ulang tahun kami ucapkan
Semoga panjang umur kami kan doakan
Selamat sejahtera sehat sentosa
Selamat panjang umur dan bahagia

( lagu yang arwah bapak selalu nyanyikan waktu birthday aku ) 

- wani is smiling -

specially dedicated this entry to Wanie Ruzli 
happy sweet 24 .
moga panjang umur, murah rezeki , sihat selalu.
aku doakan jodoh ko ngan SJ akan kesampaian. - Amin -


p/s i love u more !!!!

Tuesday, June 7, 2011

Kalaulah Saintis Boleh Cipta Ubat Anti Malas, Oh Indahnya Kalau ...

percaya atau tidak.
aku banyak sangat benda yang nak dibuat.
akibat dari bertanguh-tangguh kerja.
antara dialog yang paling aku suka bagi kat hati ,
" ala, kejap lagi lah buat. senang je tu "
damn ! akhirnya hati & tangan dah terbiasa !
memang susah nak ubah benda yang dah biasa,kan ?

hurm, i just dont know where to start
im just tired & sore. korang pernah rasa macam ni ?
bila sampai opi, meronta-ronta nak balik.
dah sampai time 5pm nak balik, rasa bila balik rumah bosan pulak..

oh, banyaknya benda dalam kepala otak ni.
way to much ! 
and i've been thinking a lot 
that maybe, just maybe, i should
argh, never mind ;-)

I only have one life. could me myself realise that ? 


Monday, June 6, 2011

Percaya Padaku

malam ni emosi sangat rapuh
serapuh kapal yang melanggar karang 

lagu kegilaan aku sepanjang Jun ini barangkali 


Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku ‘tuk selalu menantimu 
Untuk katakan ku ingin dirimu 
Agar kau tahu betapa ku terlalu 
Mencintaimu aku akan menunggu 
Hingga dirimu kembali untukku


^ungu_percaya padaku^


*aku harap dan sentiasa berdoa bayang-bayang dia pergi jauh dari hidup ni. tapi kuatkah aku ?